Pelancaran Kerja Gotong-Royong Sempena Program Pendidikan
Kemasyarakatan Alam Sekitar (Community Base Environmental Education)
- 2 Disember 2007
Pelancaran Kerja Gotong Royong sempena Pendidikan
Kemasyarakatan Alam Sekitar dirasmikan oleh YB Datuk Richard Riot
Anak Jaem, Ahli Parlimen Malaysia, P. 199 Serian bertempat di Taman
Rekreasi Ranchan Serian. Seramai 400 orang peserta terdiri daripada
Ketua-Ketua Jabatan, Ahli-Ahli Majlis, NGOs, Ketua-Ketua Masyarakat,
Ketua-Ketua Kaum dan Pelajar-Pelajar Sekolah menyertai gotong-royong
ini.

Para peserta menumpukan perhatian
semasa Ucapan Pelancaran Kerja Gotong-Royong

YB Datuk Richard Riot Anak Jaem,
Ahli Parlimen Malaysia, P199 Serian bersama Ketua-Ketua Jabatan
dan Ahli-Ahli Majlis,
Majlis Daerah Serian turut serta dalam kerja gotong royong
Objektif
- Untuk
melibatkan orang awam atau masyarakat tempatan dalam tindakan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar;
-
Untuk memberi kesedaran di kalangahn orang awam atau masyarakat
tempatan pentingnya mesra alam sekitar dan melahirkan sikap yang
positif bagi pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar; dan
-
Untuk memberi penerangan, kesedaran dan pemahaman Konsep Bandaraya
Sejahtera bagi Program Bandar Sejahtera Serian (Serian - A Must
Stop Town).
|