Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001
: 2000
Bagi KASKA Dan PBT Sarawak - 29 November 2007
Pelancaran Sistem pengurusan Kualiti MS ISO 9001
: 2000 bagi KASKA dan 20 buah PBT di Sarawak telah dirasmikan oleh
YB Datuk Michael Manyin Anak Jawong pada 29 Novemebr 2007 di Dewan
Masyaralkat Serian. Antara orang kenamaan yang turut hadir ialah
YB Encik Frederick Bayoi Manggie ADUN. N. 19 Kedup merangkap Walikota,
Majlis Daerah Samarahan, Cr. John David Nyauh, Setiausaha Politik
kepada Ketua Menteri Sarawak merangkap Timbalan Pengerusi Majlis
Daerah Serian, Encik Ganie Ugay, Setiausaha Tetap Kementerian Alam
Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak dan Encik Sinde Muling, Pegawai
Daerah Serian merangkap Pengerusi Majlis Daerah Serian.

YB Datuk Michael Manyin Anak
Jawong, Menetri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam
berucap semasa Majlis Pelancaran

Upacara Menandatangani Dokumen
MS ISO 9001 : 2000 oleh Encik Ganie Ugey,
Ketua Organisasi (SUT KASKA) dan Encik John Awan, Wakil Pengurusan
(Pen. SUT KASKA) disaksikan oleh YB Datuk Michael Manyin Anak Jawong,
Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan dan Awam Sarawak

Sesi bergambar YB Datuk Michael
Manyin Anak Jawong, Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam dan
beberapa Orang Kenamaan Bersama Setiausaha-Setiausaha Pihak Berkuasa
Tempatan Sarawak
Objektif KASKA Dan PBT Ke Arah
Persijilan MS ISO 9001 : 2000
Standard MS ISO 9001 : 2000 adalah standard yang
diikiraf di peringkat antarabangsa bagi pengwujudan sistem pengurusan
kualiti di sesebuah organisasi untuk mempastikan perkhidmatan yang
diberikan memenuhi kehendak pelanggan.
Perlaksanaan standard MS ISO 9001 : 2000 di KASKA
dan 20 buah Majlis Daerah ini akan memberi lebih peluang kepada
agensi-agensi Kerajaan tersebut untuk menggunakan alat pengurusan
yang lebih baik dalam meningkatkan kualiti agensi masing-masing.
VISI
Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam akan menjadi organisasi
peneraju yang mengerakkan agensi di bawa bidang kuasanya ke arah
menjadikan Sarawak negeri maju pada tahun 2015.
MISI
Kearah mencapai Visi tersebut, KASKA berhasrat untuk menerajui Pihak
Berkuasa Tempatan menjadi agensi yang responsif, dinamik dan mempunyai
kedudukan kewangan yang kukuh agar dapat melaksanakan kewajipan
mereka berdasarkan amalan pengurusan bestari.
MOT0
BERSATU BERUSAHA BERBAKTI
|