Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 18 Ogos 2018
Versi 8.1.0
online visitor Pelawat Di Talian 20
total visitor Jumlah Pelawat 1,799,015

Majlis Daerah Serian ingin memperingatkan semua Pembayar Cukai Taksiran di bawah bidangkuasa Majlis Daerah Serian bahawa cukai bagi Setengah Tahun Pertama (Januari-Jun) hendaklah dibayar pada atau sebelum 31 Mei 2018. Mengikut Seksyen 74(1), Bahagian VII, Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996, denda sebanyak 1% sebulan atau sebahagian daripadanya akan dikenakan ke atas bayaran yang dibuat selepas tarikh seperti di atas.

Pembayaran-pembayaran cukai taksiran yang belum menerima bil atau kehilangan bil adalah dinasihatkan supaya datang ke Bahagian Penilaian dan Pencukaian, Majlis Daerah Serian untuk mendapatkan salinan bil berkenaan. Sebarang aduan tentang ketiadaan menerima bil cukai taksiran dengan tujuan sebagai alasan untuk melupuskan bayaran denda tidak akan dilayan.

Sebaang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian : 082-874154 sambungan 19/20 (Pada waktu pejabat)