Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 21 Sept 2017
Versi 8.0.2c
online visitor Pelawat Di Talian 37
total visitor Jumlah Pelawat 1,256,406
SetiausahaSetiausaha

SU

Majlis Daerah Serian telah mengambil inisiatif dan langkah yang positif untuk menampil dan mempamerkan Majlis Daerah Serian ke Laman Web. Maka dengan adanya Laman Web ini sesiapa sahaja boleh melawat, melihat, menerokai dan mengenali Majlis Daerah Serian pada bila-bila masa di seluruh pelusuk dunia.

Laman Web Majlis Daerah Serian adalah salah satu daripada Pusat Maklumat untuk memberi dan menyediakan sebarang maklumat berhubung dengan Majlis Daerah Serian yang diperlukan oleh lapisan masyarakat. Ianya juga menyediakan cara komunikasi yang mudah, efektif dan efisien. Sebarang cadangan dan aduan juga boleh disalurkan melalui internet dalam masa yang amat singkat.

Langkah proaktif yang diambil oleh Majlis Daerah Serian untuk membangunkan Laman Web ini adalah menjurus kepada idea E-Council di samping menggalakkan aktiviti pelancongan ke Daerah Serian.
Majlis Daerah Serian juga berpegang teguh kepada Misi dan Visinya untuk mencapai kejayaan yang mutlak dan cemerlang.

"Kualiti Menjayakan Wawasan"

JOSEPH AK INDI
Setiausaha,
Majlis Daerah Serian.