Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 23 Jul 2017
Versi 8.0.2
online visitor Pelawat Di Talian 37
total visitor Jumlah Pelawat 1,157,947
PengerusiPengerusi


Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Majlis Daerah Serian kerana berjaya membangunkan Laman Web Majlis Daerah Serian. Saya juga amat berbangga dan mengucapkan berbanyak terima kasih kerana telah diberi peluang keemasan ini untuk merakamkan sepatah dua kata dalam ruang Laman Web ini.

Di samping itu, saya amat gembira kerana Majlis Daerah Serian telah mengambil inisiatif melaksanakan projek ini sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.

Ini adalah satu-satunya langkah yang proaktif yang perlu dipupuk kerana ianya menjurus kepada pembangunan E-Council. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa pada masa kini teknologi maklumat (IT) memainkan peranan penting dalam membangunkan sesebuah negara yang mempunyai masyarakat yang dapat membudayakan teknologi maklumat.

Tindakan Majlis adalah selari dan sangat sesuai dengan usaha Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai penaraju dalam bidang teknologi maklumat di rantau ini melalui pembangunan Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) dan perlaksanaan Agenda IT Kebangsaan bagi menjayakan satu daripada tujuh aplikasi perdana iaitu Kerajaan Elektronik. Oleh itu, Laman Web adalah amat berguna kepada masyarakat.

Saya menyudahi rakaman ini dengan harapan semoga Majlis Daerah Serian sentiasa tabah dan peka menghadapi apa jua cabaran di masa yang akan datang melalui Laman Web ini.

 

Pengerusi 
Majlis Daerah Serian