Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 21 Sept 2017
Versi 8.0.2c
online visitor Pelawat Di Talian 40
total visitor Jumlah Pelawat 1,256,410
Sejarah kamiSejarah kami

Majlis Daerah Serian terletak 60 kilometer dari Bandar Raya Kuching, Sarawak. Majlis Daerah Serian mentadbir kawasan seluas 2,106 kilometer persegi meliputi kawasan lain termasuk Bandar Mutiara Tebedu (Bandar Sempadan Kalimantan Barat, Indonesia). Majlis Daerah Serian (MDS) merupakan salah satu daripada 26 PBT yang wujud di Negeri Sarawak pada tahun 40-an. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1948 di bawah Seksyen 3 ‘The Upper Sadong District Council’ atau  Majlis Daerah Hulu Sadong, Ordinan Kuasa Tempatan, 1959 dan Undang-Undang Subsidiari yang dibentuk mengikut ‘Gazette Notification No. 5, 1959. Namun ianya dikenali sebagai “The Serian District Council” atau Majlis Daerah Serian pada tahun 1985. Bandar Serian mempunyai 228 buah kampung dengan kepadatan penduduk 91,599 orang  dengan majoriti penduduk terdiri daripada kaum Bidayuh.

Daerah Serian adalah salah satu daripada empat daerah di Bahagian Samarahan selepas Samarahan diistiharkan sebagai Bahagian pada 01 Januari 1987. Ia dikenali sebagai Daerah Sadong pada penubuhannya dalam tahun 1901 yang beribu pejabat di Simunjan. Pada bulan Februari 1955 Serian (Upper Sadong) dan Simunjan (Lower Sadong) telah dipisahkan dan masing-masing menjadi Daerah penuh. Pegawai Daerah yang pertama semasa pemerintahan penjajahan ialah Mr. H.R. Harbow.

Serian telah diisytihar sebagai Bahagian ke-12 dalam Negeri Sarawak pada 11 April 2015. Pengisytiharan itu dibuat sendiri oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak semasa merasmikan Pesta Birumuh Serian 2015 di Kompleks Sukan Serian.

Bahagian Serian telah digazet sebagai Bahagian pada 1 Ogos 2015 merangkumi Daerah Serian, Daerah Tebedu dan Daerah Kecil Siburan seluas 2,405 km persegi. Pejabat Daerah Serian dan Pejabat Daerah Tebedu diketuai oleh Pegawai Daerah manakala Pejabat Daerah Kecil Siburan diketuai oleh Pegawai Tadbir Sarawak (SAO).

Bandar Serian merupakan kawasan yang strategik dimana ianya terletak dilaluan menuju atau balik daripada bahagian-bahagian lain seperti Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri. Serian juga merupakan pilihan utama untuk  persinggahan bagi mereka yang berurusan ke Bandar-bandar lain di negeri Sarawak. Bandar yang serba moden telah dilengkapi dengan hiasan beberapa taman yang indah dan landskap yang menceriakan. Gerai-gerai makanan yang mudah dikunjungi telah memberi keselesaan kepada pengunjungnya. Majlis Daerah Serian telah juga membawa pembangunan seimbang dengan mengadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seharian demi kepentingan penduduk dan kemajuan daerah.

Pentadbiran Majlis dibahagikan kepada 6 Bahagian utama iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan Komuniti, Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, Bahagian Penguatkuasa, Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta.

Hasil utama Majlis adalah cukai taksiran, kutipan lesen, faedah pelaburan simpanan tetap, sewaan dan geran daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan.