Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 20 Jul 2018
Versi 8.0.4b
online visitor Pelawat Di Talian 26
total visitor Jumlah Pelawat 1,749,008
SetiausahaSetiausaha

bos

Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya merakamkan tahniah dan syabas kepada Majlis Daerah Serian (MDS) kerana berjaya membangunkan Laman Web Majlis Daerah Serian.  Sesuai dengan hasrat serta penekanan Kerajaan Negeri Sarawak untuk mempertingkatkan keupayaan dan kepesatan teknologi maklumat di setiap jabatan kerajaan, MDS juga tidak mahu ketinggalan dalam memudahkan penyebaran maklumat-maklumat kerana laman web merupakan salah satu dari wahana yang boleh dijadikan penghubung antara MDS dengan para pelanggan dan dunia luar  melalui rangkaian internet.

Kami di MDS berharap agar laman web ini digunakan sebagai one stop centre untuk maklumat yang praktikal dan berguna kepada para pelanggan serta mempermudahkan pelbagai urusan dengan MDS.

Sekali lagi, saya amat mengalu-alukan anda semua untuk melawat dan melayari laman web MDS. Anda juga boleh menghubungi MDS jika memerlukan apa-apa bantuan. Pegawai dan kakitangan MDS sedia membantu anda.

Sekian, terima kasih.

Constantine Gerald David Anak Jonas